Surat Arahan daripada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahkamah Persekutuan Malaysia
yang bertarikh 3 November 2015 telahpun secara jelas melarang seseorang Pesuruhjaya Sumpah
untuk menjadi saksi dalam apa-apa dokumen selain yang dibenarkan oleh undang-undang. Pada
masa ini, Cuma lima (5) undang-undang yang membenarkan seseorang Pesuruhjaya Sumpah untuk
menjadi saksi seperti di bawah:-
1. Borang 1 dan 2 di bawah Seksyen 3 (Jadual Pertama) Akta Surat Kuasa Wakil 1949
2. Perjanjian Pinjaman di bawah Seksyen 27(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
3. Perjanjian di bawah Seksyen 22 Akta Sewa Beli 1967
4. Seksyen 97 Ordinan Tanah Negeri Sabah
5. Seksyen 84 Akta Profesion Undang-Undang 1976



