MEMAHAMI AKTA AKUAN BERKANUN 1960
Akuan bersumpah atau akuan berkanun adalah pengakuan bersumpah yang kandungan faktanya diketahui benar oleh orang yang mengikrarkan dan dibuat mengikut Akuan Berkanun 1960 (Pindaan 1969).
Seseorang yang mengikrarkan akuan bersumpah mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan berkenaan.
Mana-mana hakim Mahkamah Seksyen, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah atau tertakluk kepada Seksyen 4 Akta Notari Awam 1959 (Akta 115) adalah sah untuk mengambil dan menerima akuan bersumpah daripada seseorang yang membuat akuan itu dengan sukarela dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Iggeris mengikut borang akuan.
Akuan Bersumpah adalah dokumen yang mengandungi keterangan yang diberi di bawah ikrar.Semua keterangan bersumpah tidak boleh ditarik balik.Bagaimanapun dalam keadaan tertentu, akuan itu boleh diselitkan tambahan atau pembetulan.
Sekiranya akuan bersumpah itu didapati palsu, maka orang yang membuat akuan bersumpah atau deponen itu boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 199 dan 200 Kanun Keseksaan. Hakim akan membuat keputusan sama ada perakuan yang dibuat itu benar atau palsu berdasarkan bukti dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen ini ialah penjara maksimum tujuh tahun dan denda.Bagaimanapun hukuman itu hanya berkaitan jika akuan bersumpah digunakan sebagai keterangan di mahkamah. Sebaliknya, sekiranya akuan bersumpah itu bukan keterangan di mahkamah orang yang membuat akuan bersumpah itu boleh dipenjara tiga tahun dan dikenakan denda jika didapati akuan itu palsu.


